Tajuk | : Kelas Mewarna Bearbrick |
Tarikh | : 17 Ogos 2024 (Sabtu) |
Masa | : 09.00 am - 01.00 pm |
Tempat |
: NADI Taman Angkasa Nuri |
Tujuan:
Menggalakkan kreativiti, meningkatkan kemahiran motor halus, dan membina keyakinan diri murid..
Aktiviti:
1. Petugas menunjukkan contoh mencampurkan warna.
2. Peserta diberi tugasan untuk menyiapkan bear brick masing-masing.
Kelebihan/kebaikan:
1. Meningkatkan Kreativiti: Murid diberi peluang untuk mengembangkan kreativiti mereka melalui pemilihan warna dan rekaan sendiri pada
patung Bearbrick.
2. Meningkatkan Kemahiran Motor Halus: Aktiviti mewarna membantu melatih kemahiran motor halus, penting untuk menulis dan tugas-tugas
lain yang memerlukan koordinasi tangan-mata.
3. Menggalakkan Ekspresi Diri: Murid dapat mengekspresikan perasaan dan identiti mereka melalui karya seni, membantu dalam
pembangunan emosi dan keyakinan diri
Gambar di SINI
Tajuk | : Hari Bersama Peduduk Taman Angkasa Nuri |
Tarikh | : 13 Julai 2024 (Sabtu) |
Masa | : 09.00 am - 01.00 pm |
Tempat |
: Balairaya Taman Angkasa Nuri |
Tujuan:
Mendidik masyarakat ke arah penggunaan Internet secara positif
Aktiviti:
1. Petugas memberi penerangan mengenai keselamatan internet.
2. Peserta menjawab kuiz menggunakan tab.
Kelebihan/kebaikan:
1. Memberi kesedaran kepada komuniti sekitar mengenai keselamatan Internet..
2. Komuniti dapat menjadi masyarakat yang lebih prihatin antara satu dengan lain.
Gambar di SINI
Tajuk | : Kelas Masakan Vadai (Softskill) |
Tarikh | : 10 Mei 2024 |
Masa | : 09.00 am - 01.00 pm |
Tempat |
: NADI Taman Bandar Baharu |
NADI lain yang terlibat |
: NADI Taman Angkasa Nuri |
Tujuan:
Dapat mempelajari teknik pembuatan dan masakan vadai yang betul
Aktiviti:
1. Pengajar memberi taklimat mengenai pemilihan dan cara penyediaan bahan mentah
2. Peserta diberi peluang untuk mencuba membuat, dan memasak vadai.
Kelebihan/kebaikan:
1. Peserta dapat mengetahui cara pembuatan vadai yang betul.
2. Peserta boleh mulakan perniagaan menjual vadai jika berminat.
Gambar kat sini
Tajuk | : Kelas Capcut |
Tarikh | : 8 Jun 2024 |
Masa | : 09.00 am - 01.00 pm |
Tempat |
: NADI Taman Angkasa Nuri |
Tujuan:
Dapat mempelajari teknik mengedit video menggunakan Aplikasi Capcut
Aktiviti:
1. Pengajar memberi taklimat mengenai aplikasi Capcut
2. Peserta diberi peluang untuk mengedit video mengguna raw footage yang disediakan
Kelebihan/kebaikan:
1. Peserta dapat mengetahui cara menggunakan aplikasi Capcut
2. Peserta boleh mengedit video dengan cara yang sangat mudah
Gambar di SINI
Tajuk | : Tadarus al-Quran |
Tarikh | : Sepanjang bulan Ramadan (Mac 2024 - April 2024) |
Masa | : 09.00 am - 01.00 pm |
Tempat |
: Atas talian (Telegram) |
NADI lain yang terlibat |
: NADI Taman Tangga Batu Perdana |
Tujuan:
Dapat memperbaiki bacaan al-Quran dan hukum tajwid dengan lebih mendalam
Aktiviti:
1. Peserta akan membaca al-Quran mengikut giliran masing-masing.
2. Sementara itu, peserta yang lain akan mendengar bacaan tersebut.
3. Jika terdapat kesalahan ketika itu, peserta akan diminta memperbetulkan bacaan tersebut.
4. Bacaan yang betul akan diperdengarkan, beserta diberitahu hukum tajwid yang betul.
Kelebihan/kebaikan:
1. Peserta dapat memperbaiki bacaan al-Quran.
2. Peserta dapat mengetahui lebih mendalam mengenai kaedah pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid.
3. Peserta dapat mengetahui sejarah kenapa dan dimana al-Quran diturun.
Gambar kat sini