USAHAWAN - JALIAH BINTI BASIRON

 Nama Jaliah Binti Basiron   Umur  49 tahun
 Email  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Produk  Kraftangan
 Alamat  Tmn Bukit Beruang  Tahun Menjadi Ahli  2018

 

Latar Belakang :

Puan Jaliah merupakan bekas kerani di sebuah syarikat di Melaka. Beliau membuat keputusan dengan berhenti kerja untuk menguruskan anak-anak. Selepas itu beliau telah berjinak-jinak di dalam menjalan perniagaan kraft kerana beliau sangat berminat dengan kraft tangan ini. Sehingga sekarang beliau masih aktif menjalankan perniagaan ini.

 

Sebelum Penggunaan ICT :

Beliau tidak mahir menggunakan komputer dan memasukkan gambar-gambar di dalam facebook untuk mempromosikan produk yang beliau hasilkan.

 

Selepas Penggunaan ICT :

Setelah menyertai kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau telahpun mahir dan telah aktif di dalam perniagaan ini dan telah dikenali oleh komuniti sekitar Melaka mahupun luar Melaka. Pendapatan bulanan sekarang mencecah Rm800-Rm1000 sebulan.