1) Untuk makluman dan sebaran semua.

Hari Bertemu Rakyat Perdana Siri 2/2019 yang melibatkan saya, para exco dan ketua-ketua jabatan akan diadakan pada Jumaat 12 April 2019, bermula jam 7.30 pagi di Dewan Hang Tuah Melaka.

Kita jumpa di sana.

#MelakaBerwibawa
#PintarHijauBersih

 

 

 

 

 

2) Jom sertai program Treasure Hunt Melaka FM pada Sabtu, 20 April 2019 sempena sambutan ulangtahun RTM ke-73.
Penyertaan terbuka kepada peserta berkumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 3 peserta.

Tiada had umur ditetapkan dan markah tambahan akan diberikan kepada kumpulan yang memakai pakaian tema yang seragam.

Mereka yang berminat boleh memuat turun borang di laman Facebook Melaka FM dan menghantarnya ke Balai Pengawal Melaka FM, Jalan Taming Sari dengan Tarikh tutup pada Isnin, 15 April.

Hadiah istimewa menanti peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.

Jangan lepaskan peluang menyertai Treasure Hunt Melaka FM untuk memenangi hadiah di samping melawat lokasi-lokasi menarik di sekitar Melaka Bandaraya Warisan Dunia seperti Jonker Walk dan Bandar Hilir.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia di talian 019-280 1235.